Thursday 6 October 2016

SYARAHAN

DEFINISI SYARAHAN

Aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu penyampai syarahan akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang ingin disampaikan :

1. Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut;
2. Memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal semasa yang menarik hati
3. Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara; dan
4. Mempengaruhi audien supaya memberi perhatian yang serius terhadap sesuatu isu yang penting.

CIRI-CIRI SYARAHAN:
  • Ada sekelompok pendengar yang sudah dipersiapkan
  • Ada suatu idea yang akan disampaikan dengan lisan (uraian lisan)
  • Ada kesempatan bertanya bagi pendengar, yang harus dijawab..
  • Ada alat-alat peraga yang dipakai untuk menjelaskan sesuatu yang sudah dijelaskan.


FORMAT KARANGAN SYARAHAN:

  1.  Berdasarkan 1 tajuk sahaja.
  2. Memberi salam dan tujukan kepada tetamu jemputan seta vip jika ada.
  3. Bahasa ringkas mudah difahami. Tidak menggunakan dialek harian.
  4. Jangan memberikan soalan tanpa menjawabnya.
  5. Selitkan kata sapaan seperti "tuan tuan dan puan puan" sebelum mengemukakan setiap isi.
  6. kata-kata kiasa, peribahasa, lawak jenaka boleh diselitkan sedikit bagi menjadikan syarahan lebih menarik.
  7. Akhiri syarahan dengan memohon maaf.

RANGKA KARANGAN SYARAHAN:

Pengenalan    kata-kata aluan
                   ucapan terima kasih
Perenggan ke-2        tajuk syarahan
Perenggan ke-3        melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum
                             dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan
Perenggan ke-4        membaca untuk mengisi masa lapang
                             banyak bahan bacaan
                             aktiviti yang paling berfaedah
Penutup                  ucapan terima kasih




CONTOH KARANGAN BERBENTUK SYARAHAN:

Tajuk syarahan itu ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik”.Sediakan teks syarahan anda tersebut.
RANGKA
1.PENDAHULUAN.
-ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim,Guru Besar ,guru-guru ,dan rakan-rakan sekalian.
2.ISI
a) banyak mendatangkan keburukan-jika terlalu boros berbelanja ,kita tidak akan mempunyai wang pada masa kita memerlukannya-makanan yang dibeli secara berlebihan akan terbuang.
b) membuang masa dengan cara tidak berfaedah adalah amalan buruk-masa itu emas -gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.
c) membazir air dan elektrik -bil air dan elektrik meningkat -terpaksa mencatu air pada musim kemarau.
3.PENUTUP
membazir sememangnya amalan yang tidak baik -banyak mendatangkan keburukan.


KARANGAN
         
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.
Hadirin sekalian,
          Kata “membazir “bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.
          Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu ,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
          Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.
Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa dicatu.
          Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini. Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.
          Sekian,terima kasih.