Wednesday 3 August 2016


PENGENALAN

DEFINISI BAHASA
1. Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain)2. Bahasa adalah penggunaan kod, iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalmat yang memiliki maksud


  • Istilah 'Melayu' digunakan dalam pengertian yang luas dan juga yang sempit.
  • Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang ini.
  • Penggunaan istilah 'Melayu' yang lebih am ialah yang merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.

ASAL-USUL BAHASA MELAYU
  • Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.
  •  Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang Melayu.
  •  Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara.
  • Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto; kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
  • Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan tempat asal orang Melayu ialah Pulau Borneo, dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga kelompok yang besar melalui tiga arah, iaitu:

  1.  Ke Barat, arah ke Sumatera Utara,
  1. Ke timur Laut menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke Sulawesi dan kalimantan Timur, dan 
  1. Ke Barat Daya, iaitu Sumatera Selatan dan Jawa Barat.• Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melaya dan lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat dilihat unsur persamaan.
  •  Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris.
  • Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu rumun bahasa Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.
  • Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori; kumpulan bahasa Melanesia antaranya bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut:

  1. RUMPUN AUSTRONESIA 

  • Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut: Rumpun Austronesia Keluarga Nusantara Polinesia Melanesia Mikronesia(Indonesia)
  • Namun, ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah mengelompokkan rumpun bahasa austronesia kepada dua kumpulan utama, iaitu: Rumpun Austronesia Keluarga Keluarga Melayu- Taiwanik Polinesia Barat Tengah Timur.
  1. TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU

  • Terdapat banyak teori asal-usul bahasa Melayu. Teori ini bolehdibahagikan kepada dua teori penting yang mendasari asal-usul bahasa Melayu, iaitu:(1) Teori Hendrick Kern(2) Teori James Collins, Nothofer, Robert Blust, dan Adelaar
  1. TEORI HENDRIK KERN 

  • Orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.
  • Orang-orang Austronesia berasal dari Champa (di persisiran pantai Kemboja).
  • Orang-orang Austronesia turun ke Semenanjung menjadi orang Melayu.
  • Orang Melayu dari Semenanjung berpecah-pecah ke sebelah timur.
  • Teori ini tidak lagi digunakan pada masa kini.
      2. TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI JAMES COLLINS, NOTHOFER, ROBERT BLUST,            ADELAAR
  • Mewakili dua pendapat yang agak sama tetapi ada sedikit perbezaan, iaitu dari segi migrasi orang Melayu.
  • Namun, keempat-empat ahli sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.
  • Kerana Pulau Borneo – tempat asal-usul penutur orang Melayu.
  1.  BAHASA MELAYU KUNO
  • Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara.
  • Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
  • Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
  • Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
  • Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
  1.  PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK

  • Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
  • Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
  • Terdapat tiga batu bersurat yang penting: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):

            1. Ditulis dalam huruf India.            2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.            3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

  • Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380):
  1.  Masih memakai abjad India
  1. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)1. Ditulis dalam tulisan Jawi2. Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
  1.  Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
  • Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
  1. BAHASA MELAYU KLASIK

  • Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:1. Zaman kerajaan Melaka2. Zaman kerajaab Acheh3. Zaman kerajaan Johor-Riau
  • Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
  • Ciri-ciri bahasa klasik:
            1. Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.            2. Banyak ayat pasif.            3. Menggunakan bahasa istana.            4. Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul                   (bersedih).            5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun            6. Ayat songsang.            7. Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’
  1. BAHASA MELAYU MODEN
  • Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
  • Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
  • Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
  • Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
          KESIMPULAN
  • Secara keseluruhannya, terdapat dua teori penting tentang asal-usul bahasa Melayu, iaitu teori yang dipelopori oleh Hendrik Kern dan teori yang dipelopori oleh 4 orang sarjana iaitu James Collins, Nothofer, Robert Blust dan Adelaar.
  • Teori Hendrik Kern – teori ini menghuraikan bahawa orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.
  • Teori 4 sarjana - teori ini menghuraikan tentang migrasi orang-orang Melayu yang dipercayai berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.

No comments:

Post a Comment