Tuesday 9 August 2016

TOPIK 2 SEBTUTAN (PRINSIP SEBUTAN)

SEBUTAN 
 Prinsip sebutan
    • INTONASI
    •  Komponen Intonasi
    • Intonasi pelbagai jenis ayat


    SEBUTAN
     ( A : ABJAD )
    Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa melayu terdiri daripada huruf yang berikut. Sebutan huruf disertakan di sebelahnya : 

    Huruf : Aa , Bb, Cc, Dd, Ee, Ff, Gg, Hh, Ii, Jj, Kk, Ll, Mm, Nn, Oo, Pp, Qq, Rr

    Sebutan : e , bi , si , di , i , ef , ji , ec , ai , je , ke , el , em , en , o , pi , kiu , ar

    Huruf : Ss , Tt , Uu , Vv , Ww , Xx , Yy , Zz

    Sebutan : es , ti , yu , vi , dabliu , eks , wai , zet


    ( B : HURUF VOKAL )
    Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada a , e , i , o dan u. Huruf e melambangkan dua bunyi , iaitu e pepet dan e taling.

    Huruf Vokal : a , e* , i , o ,u

    Contoh Penggunaan : 

    •  di depan : api , enak ( e pepet ) ,  emas ( e taling ) , itu , oleh , ulang
    • di tengah : padi , petak , kena , simpan , kota , bumi 
    • di belakang : bola , sate , sosiolism, murn, pidato ,ibu


    *e dalam enak, petak, sate ialah e taling; dan e dalam emas, kena, sosiolisme ialah e pepet.


    ( C. HURUF DIFTONG )
    Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal sebagai berikut: ai, au, dan oi.

    Gabungan Huruf Vokal : ai , au , oi
    Contoh Penggunaan : 
    • di depan : aileron , aurat , oidium
    • di tengah : ghairah , saudara , boikot
    • di belakang : gulai , harimau ,amboi


     ( D. HURUF KONSONAN  ) 
    Huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, dan z.

    HurufKonsonan : b , c , d , f , g , h , j , k , l , m , n , p , q , r , s , t , v , w , x , y ,z

    Contoh Penggunaan :  
    • di depan : bahasa , cakap , dua , fakir , guna , hari , jalan , kami , lekas , maka , nama , pasang , Quran , raih , sampai , tali , variasi , wanita , xenon , yang , zaman

    • di tengah : sebut , kaca , ada ,hafaz , tiga , saham , manja , akar , alas , kami , anak , apa , Furqan , bara , asli , mata , universiti , hawa , - , payung , lazat

    • di belakang : adab , Mac , abad , maa, beg , buah , kolej , kakak , kesal , demam , pesan , siap , Tariq , putar , lema, rapat , - , - , - , Quraisy , lafa

    ( E. GABUNGAN HURUF KONSONAN ) 
    Dalam bahasa Melayu terdapat lima gabungan huruf konsonan, iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy, yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan.

    Gabungan Huruf Konsonan : Gh , kh , ng , ny , sy

    Contoh Penggunaan : 

    • di depan : ghairah , khurafat , ngilu , nyata , syabas
    • di tengah : maghrib , akhirat , bangun , hanyut , asyik
    • di belakang :  mubaligh , tarikh , pinang , - , arasy


    ( F. PERSUKUAN ) 
    Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah huruf vokal. Huruf vokal itu dapat didahului atau diikuti oleh huruf konsonan. (Pada contoh berikut, V = huruf vokal, K = huruf konsonan).

    1. Bahasa Melayu mempunyai empat jenis pola umum suku kata:

    a. V a-nak, e-kor, ka-I-dah, ba-u.
    b. VK er-ti, om-bak, ma-in, ga-ul.
    c. KV ra-kit, to-lak, tem-ba-kau, i-bu.
    d. KVK pin-tu, pe-ker-ti, hi-lang, be-lum.

    2. Di samping itu, bahasa Melayu mempunyai pola suku kata yang berikut:

    a. KKV pra-ja, kri-ket, in-fra, ga-tra.
    b. KKVK blok, trak-tor, prak-tis, stan-dard.
    c. VKK eks.
    d. KVKK teks, kon-teks, am-bu-lans, bank.
    e. KKVKK kom-pleks.
    f. KKKV stra-te-gi, skru.
    g. KKKVK struk-tur, in-struk-tur, skrip

    3.Permisahan suku kata pada kata dasar adalah sebagai berikut :

    a. Kalau  di tengah kata ada dua huruf vokal yang berurutan , pemisahan tersebut di lakukan diantara kedua-dua vokal itu . Contohnya :

    ma-in , sa-sat , bu-ah , liar.


    b. Kalau ditengah kata ada huruf konsonan , termasuk , termasuk gabungan huruf konsonan , di antara dua huruf vokal , pemisahan tersebut dilakukan sebelum huruf konsonan atau gabungan huruf konsonan itu , Contohnya :

    a-nak , ba-rang , su-lit , la-wan , a-syik , ke-nyang , a-khir ,i-sya-rat , sa-ngat.

    c. Kalau ditengah ada huruf konsonan yang berurutan , kecuali gabungan huruf konsonan , pemisahan tersebut terdapat diantara kedua-dua huruf konsonan itu . Contohnya :

    man-di , som-bong , swas-ta , mut-lak , ap-ril

    d. Kalau ditengah kata ada tiga konsonan atau lebih , pemisahan tersebut dilakukan di antara huruf konsonan yang pertama ( termasuk gabungan huruf konsonan ) dengan huruf konsonan yang kedua .

    kon-tra , ul-tra , sang-gul , ang-klung , ikh-las , isy-tihar , magh-rib 


    4.Imbuhan termasuk awalan yang mengalami perubahan bentuk dan partikel yang biasanya ditulis serangkai dengan kata dasarnya , dalam penyukuan kata dipisahkan sebagai satu kesatuan.

     : ma-kan-nan , me-me-nuh-i , bel-a-jar , mem-ban-tu , per-gi-lah .

    5.Apabila sesuatu kata terdiri lebih daripada satu unsur dan salah satu unsur itu dapat bergabungn dengan unsur lain , pemisahan sukunya dilakukan dalam dua tahap : (1) di antara unsur-unsur itu , (2) di antara suku-suku dalam masing-masing unsur itu sesuai dengan kaedah 3a , 3b , 3c , dan 3d di atas. Contohnya :

    kilo-gram , ki-lo-gram
    kilo-meter , ki-lo-meter
    foto-grafi , fo-to-grafi

    Keterangan : Nama orang , badan undang-undang dan nama diri lain disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu kecuali apabila ada pertimbangan khusus yang menyebabkan penyesusaian itu sukar dibuat atau tidak sesuai

    No comments:

    Post a Comment